Rabu, 30 November 2011

LAWAK,KEHEBATAN HP MASING2

Ajoi dan Sumardi sedang membanggakan hp ayah diaorang semasa chatting di FB .

Sumardi : “HP ayah aku dah 3.5G . Kalau browsing internet tak putus-putus.”
Ajoi : “3.5G jerrr?? HP ayah aku dah 4G. Bluetooth radius 5km.”

Sumardi tidak mau kalah..mana boleh tahan asyik kena ajer dengan Ajoi.

Sumardi : “HP ayah aku tahan air.”
Ajoi : “HP ayah aku tahan api.”

Sumardi : “Handphone ayah aku touch screen, semua guna jari.”
Ajoi : “La, touchscreen jer? HP ayah aku tak payah guna jari, guna lidah pun boleh.”

Sumardi : “HP ayah aku ada TV”
Ajoi : “Mesti siaran free jer tu. HP ayah aku lagi banyak channel,Astro beb”

Sumardi : “HP ayah aku ada tayar dan sport rim, macam kereta bro…”
Ajoi : “Jangan nak kerek, HP ayah aku ada pam minyak. Korang isi minyak di HP ayah aku.”

Sumardi : “HP ayah aku ada garaj.”
Ajoi : “Dasyat lagi HP ayah aku, ada ruang tamu!”

Sumardi : “HP ayah aku boleh terbang, esok kitaorang nak pergi ke Singapore, naik HP ayah aku la…”
Ajoi : “Hmm, HP ayah aku ada lapangan terbang. Korang mesti mendarat di HP ayah aku.”

Sumardi : “HP ayah aku pernah jadi Juara Catur peringkat kebangsaan!”
Ajoi : “Eleh setakat kebangsaan jer…, HP ayah aku pernah juara olimpik, angkat berat”

Sumardi : ” tapi HP ayah aku sejuk bro, ada aircond.”
Ajoi : “Grrrrrrrr… dah la, kita tidur jer dulu. Esok kita sambung, banyak lagi kehebatan HP ayah aku.”

Padahal sebenarnya HP ayah diaorang hanyalah Nokia 3310.
Laughing 2

Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG

Blow KissCikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG~

Selasa, 22 November 2011

Perumpamaan Dosa Setiap Meninggalkan Solat

MENINGGALKN SOLAT SETIAP WAKTU
- SUBUH: Dia akan disiksa selama 60 tahun didalam neraka.
- ZUHUR: Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
- ASAR: Dosanya sprti mruntuhkn ka'bah.
- MAGHRIB: Dosanya seperti berzina dengan orang tua sendiri.
- ISYA': Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah & di segerakan agar ia mencri tempat lain.

Barang siapa yang menyebarkan text ni ke umat Islam yang lain, percayalah anda akan memperoleh pahala kerana secara tidak langsung anda telah mengingatkan antara satu sama lain. =) niatlah kerana Allah.. insyaAllah.. =)
Nervous

Isnin, 21 November 2011

Kata2 penghuni neraka..

“Wahai penghuni neraka, semasa di dunia, adakah sesiapa pernah mengingatkan engkau dan menasihati engkau ke arah kebaikan?”

Lalu penghuni neraka menjawab (dengan sesalnya): “Ya ada, tetapi aku tidak peduli dengan peringatan itu dan aku tidak peduli dengan nasihat itu.”

Cinta?

Kita kena ingat ..

CINTA bukan pada ‘couple’
CINTA juga bukan pada ‘I ♥ you’
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you’
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata

Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH :)