Khamis, 29 September 2011

100 warga England peluk Islam setiap minggu

LONDON - Sekitar 5200 warga England memutuskan kembali kepada Islam setiap tahun, sementara 62 peratus daripadanya adalah perempuan, demikian dilaporkan Lembaga Kajian Faith Matters.
Usia mereka yang berminat untuk kembali kepada Islam itu adalah sekitar 27 tahun dan motivasi untuk mereka kembali kepada Islam bukanlah kerana perkahwinan.
Sekitar 55 peratus beragama Islam kerana telah terlahir secara Islam dan hanya 12 peratus daripadanya yang kembali kepada Islam disebabkan perkahwinan.
Kajian tersebut juga mendapati bahawa kebanyakan mereka yang kembali kepada Islam berkeyakinan dan berkeupayaan mengenakan tudung serta menutup aurat.
Internet, buku dan teman yang beragama Islam dikenal pasti menjadi pengaruh dan faktor seseorang memeluk Islam

Perokok Wajib Pergi Haji

Harga rokok ( purata ) : RM10 (sekotak) x sehari
Jumlah tahunan : RM 3650
Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250

Maka......

Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana terdapat lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar -Jkkk Fan Club-

Satu Penipuan Bernama Perdamaian



Aku masih ingat
Seluruh dunia terpaku
Menyaksikan satu perdamaian bersejarah
Antara dua bangsa berseteru
Kini mereka bersekutu
Untuk memecahkan masalah Al-Quds yang satu

Dijulanglah dua nama itu
Sebagai pahlawan-pahlawan perdamaian terbilang
Yang satu...
Dulu ketua gerombolan Irgun Zvai Leumi
Pembunuh Deir Yassin yang keparat itu
Yang satu lagi...
Mati terkapar ketika lintas hormat soldadu
Atas nama Islam beliau dihujani peluru

Sudah lama perjanjian Camp David itu
Pelarian masih menunggu
Perdamaian yang disambut dunia itu
Hairannya mereka masih di situ
Di khemah-khemah pelarian itu..

Setelah Camp David datang pula tawaran di Madrid
Kini bukan seorang Presiden yang masuk perangkap
Tetapi seluruh raja-raja Arab
Diumpan dengan kalimah 'perdamaian'
Sehingga termeterailah satu persetujuan
Sekali lagi dunia meraikan kejayaan
Kononnya akan membawa keamanan
Pelarian tetap menunggu

Kata Israel...
Jangan sentuh soal pelarian..
Kita selesaikan masalah wilayah dulu
Peta dilakar di Oslo I, Oslo II, di Cairo, di Taba, di Sharm el-Sheikh I
... dan Sharm al-Syeikh II
Kali ini bukan seperti Camp David
Sekadar menamatkan permusuhan
Tetapi melepaskan tuntutan
Ke atas 77% kawasan
Yang dirampas oleh 181 setengah kurun lalu
Tak cukup dengan itu
Baitul Maqdis mereka yang tentu
Kerana telah diisytihar ibu negara yang satu
Dan abadi pula statusnya itu

Bagaimana pula dengan Al-Aqsa
Mereka bahagikan pula kepada dua lapisan
Apa-apa yang ada di atasnya milik Palestin
Yang selebihnya milik mereka
Ibarat sebuah binaan, hanya bumbung yang menjadi kepunyaan
Begitulah liciknya mereka
Mengabui rampasan dengan umpan perdamaian

Bangkitlah umat
Melaungkan intifadah
Sebagai jawapan kepada penjualan maruah dan wilayah
Kepada Zionis laknatuLlah
Mereka bentangkan pula 'Pelan Damai'
Pelan menuju sebuah negara Palestin yang merdeka
Dan berdaulat..

Berdaulat tanpa Baitul Maqdis?
Berdaulat tanpa Al-Aqsa?
Berdaulat dan pelarian masih di situ?
Di khemah-khemah pelarian itu?
Seperti biasa jawapan-jawapan pada persoalan itu
Nanti kita akan selesaikan
Dengan syarat hentikan intifadah dulu

Dan pemimpin-pemimpin itu mengangguk-angguk
Memberi kepercayaan kepada
Sebuah penipuan
Yang bernama perdamaian
Ibarat memasuki lubang
... yang sama berulang-ulang.

Tiada Alasan..


Andai engkau susah, Nabi Isa a.s lagi susah hidup tanpa ayah,
Andai engkau sakit, Nabi Ayub a.s lagi menderita kesakitan,
Andai engkau sibuk dengan kekayaan, Nabi Sulaiman a.s lagi hebat,
Andai engkau selebriti, Nabi Yusuf a.s lagi handsome dan popular,
Andai engkau ramai isteri, Nabi Muhammad s.a.w lagi ramai isteri..

Untuk menunaikan kewajiban terhadap Allah,
Untuk menjadi insan yang bersyukur,
Untuk beribadah sebanyak mungkin,
Untuk bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa,
Kepada Allah Rabbul Jalil.

Dakwahlah...

ILoveAllaah.com
"Sampaikanlah (pesan dariku) walau hanya satu ayat"
[Bukhari no. 3461]

Sahabat semua bisa ambil bagian dalam dakwah dengan cara meng'klik' pilihan "Bagikan" atau "Share" di setiap posting ILoveAllaah.com dan postingan lain di halaman Islami dengan sumber yang jelas.

“Maka barang siapa yang berbuat kebaikan walau sebesar zarah (biji sawi), niscaya dia akan melihat balasannya"
[QS. Al Zilzaalah (129) : 7]

Mungkin amalan ini kecil menurut penilaian kita, tetapi belum tentu ia kecil pada pandangan Allah SWT. InsyaAllaah... ♥

Hati-hati!!

PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..

Rabu, 7 September 2011

BUKTI TUHAN ITU ADA...

     Pada suatu hari,seorang pemuda pergi ke kedai gunting rambut.Dia berbual-bual dengan tukang gunting rambut itu mengenai banyak perkara dan tiba ke perbincangan berkaitan Tuhan.

        "Saya tidak percaya kewujudan Tuhan,"kata tukang gunting rambut.

        "Kenapa awak kata begitu?" tanya pemuda itu dengan nada terperanjat.

        "Mudah saja.Saudara keluar dari kedai ini,perhatikan di jalan dan saudara bersetuju dengan saya.Sekiranya Tuhan wujud,kenapa ada orang yang sakit?Kenapa ada anak-anak yang terbiar?Sekiranya benar Tuhan wujud,pasti tidak ada kesengsaraan.Saya yakin Tuhan tidak membiarkan sahaja perkara sedemikian."

    Pemuda itu senyap sahaja kerana dia tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan semasa sedang menggunting rambut.

    Selepas itu,pemuda itu meninggalkan kedai gunting rambut.Tiba-tiba dia terpandang seorang lelaki dijlanan yang kusut-masai.Rambutnya panjang tidak terurus seperti memang sudah lama idak mengguntingnya.

    Pemuda itu kembali masuk ke kedai gunting rambut tadi."Awak tahu sesuatu?Saya tidak rasa tukang gunting rambut wujud!"

    "Eh,bagaimana pula?"tanya tukang gunting rambut itu."Saya tukang gunting rambut dan saya ada di sini!"

  "Tidak!"Pemuda itu menafikan."Mereka tidak wujud kerana jika mereka wujud,sudah tentu tidak ada manusia yang berambut panjang seperti lelaki di jalanan itu."

       "Ah,begitu rupanya.Habis,mereka yang tidak datang kepada saya?"

   "Tepat sekali!" jawab pemuda itu dengan sebuah senyuman."Tuhan memang wujud cuma manusia yang tidak mencarinya.Sebab itulah wujudnya banyak kesakitan dan penderitaan di dunia ini."