Khamis, 29 September 2011

100 warga England peluk Islam setiap minggu

LONDON - Sekitar 5200 warga England memutuskan kembali kepada Islam setiap tahun, sementara 62 peratus daripadanya adalah perempuan, demikian dilaporkan Lembaga Kajian Faith Matters.
Usia mereka yang berminat untuk kembali kepada Islam itu adalah sekitar 27 tahun dan motivasi untuk mereka kembali kepada Islam bukanlah kerana perkahwinan.
Sekitar 55 peratus beragama Islam kerana telah terlahir secara Islam dan hanya 12 peratus daripadanya yang kembali kepada Islam disebabkan perkahwinan.
Kajian tersebut juga mendapati bahawa kebanyakan mereka yang kembali kepada Islam berkeyakinan dan berkeupayaan mengenakan tudung serta menutup aurat.
Internet, buku dan teman yang beragama Islam dikenal pasti menjadi pengaruh dan faktor seseorang memeluk Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan